Harga Promosi TAMAT!!

March 30, 2017 by pengurusblogdpedas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada peminak Kambing Perap D’Pedas di luar sana.

Setelah hampir 6 bulan dengan stok promosi, kini promosi ditamatkan dengan serta-merta

bermula jam 12.01 am 30.3.2017

Ok semua peminat, mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa harga promosi ini tamat serta merta? Harga ini ditamatkan memandangkan kos bahan mentah yang melambung naik dan juga stok bekalan yang semakin kritikal di tanah air kita. Iya, kritikal!!

Namun dengan kenaikan ini, kami mengambil keputusan untuk menamatkan promosi dan meneruskan harga lama iaitu RM45 untuk pek sekilo.

Bagaimana pula dengan pek lain? 500gm dan 250gm

Jangan risau, harga masih kekal. Tetap dengan harga lama.

Apa pun kami akan maklumkan kepada semua jika ada sebarang perubahan harga pada bila-bila masa.

Jumpa lagi di segmen akan datang!!

 

Share:

This gallery contains 2 photos

Masak 5 Minit Menu 5 Bintang

Teringin Mendapatkan Menu Hebat  Bertaraf 5 Bintang Hanya Di Dapur Rumah

Berbekalkan Kambing Perap D’Pedas Seorang Ayah Yang Tidak Pandai Memasak Mampu Mengubah Mata Isteri Dan Anak Hanya Dalam Tempoh 5 MINIT !!

Mahukah Anda mendapatkan menu hebat tanpa perlu membuang masa menyediakan ramuan yang cukup renyah semata-mata untuk hidangan di kala tengah-tengah lapar?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kambing Perap D’Pedas merupakan produk sejuk beku yang membantu lebih ramai orang menikmati daging kambing dengan mudah, cepat dan sedap. Perapan kambing ini juga telah menjimatkan banyak masa selama 2 hari perapan dan sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Selain dari bakar, kambing perap ini juga sesuai disajikan dengan pelbagai menu hidangan.

Tiba-tiba datang tetamu istimewa ke rumah, tentu sekali kita hendak pastikan mereka dihidang dengan juadah yang istimewa. Jika Kambing Perap D’Pedas ada di dalam peti sejuk, tentu sekali sambil melayan tetamu borak, boleh siapkan sekali menu hebat ini. Si suami boleh tolong masakkan, isteri pula melayan borak. 5 minit sahaja. Masak di atas kuali leper pun boleh. Ketuhar elektrik juga boleh. Cukup 5 minit, dah boleh dihidangkan.

Aromanya membuatkan datangnya rasa takjub. Bila hidangan ini tersedia hangat. Tak perlu cecah kuah, makan begitu sahaja dah boleh buat teringat-ingat. Bila kunyah dagingnya yang lembut terbuai-buai pula rasa nak menambah sekeping lagi. Tiada pula ada rasa kambing. Tak hamis dan yang penting tak liat. Kanak-kanak pun sukakannya. Berbaloi jika dimakan seisi keluarga. Mesti terasa jimat sangat berbanding makan diluar.

Kalau stok sudah habis. Tidak susah pun kalau nak cari kalau tahu caranya. Tekan sahaja pautan yang tertera kat bawah.

>>> Kalau internet laju boleh cari di dalam peta, lokasi ejen paling hampir dengan anda.
http://www.greenisland.com.my/imos/maps.php

>>> Kalau internet agak perlahan boleh cari di link ni, carian dlm text , ikut negeri.
http://www.greenisland.com.my/imos/members.php

 

600 wakil jualan sedang menanti anda untuk memenuhi peti sejuk anda dengan Kambing Perap D’Pedas.

 

Apa Kata Mereka Pasal Kambing Ni?

Bukan seorang dua sahaja yang bersembang cerita Kambing Perap D’Pedas yang viral ni. Jom baca apa orang komen mereka pada produk ni. Semua yang beri maklum balas dengan hati terbuka.

 

dpedas-testi2

dpedas-testi1

KENAPA PILIH KAMBING PERAP D’PEDAS?

Kambing Perap D’Pedas memang wajib ada dalam simpanan sendiri kerana:

  • Jimat ruang simpan di dalam peti sejuk beku.
  • Mudah di bawa ke mana sahaja.
  • Tahan 1 tahun dari tarikh dikilangkan jika disimpan betul-betul beku.
  • Boleh di masak menggunakan kuali leper, ketuhar atau dibakar menggunakan arang.
  • 5 minit untuk masakan hebat.
  • Lebih jimat dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
  • Boleh dimasak pada bila-bila masa.
  • Di jamin HALAL oleh JAKIM dan selamat di makan oleh MESTI.
  • Dah 2 kali masuk ke rancangan Televisyen. Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 dan juga Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Eh! Ada Lagi TESTIMONI?

Ada lagi testimoni yang pelanggan nak kongsikan. Tak sabar-sabar rupanya.

tm05

tmd06

Mitos Anti Kambing ini pun dah mula jatuh hati. Mengapa jadi begini? Rahsianya ialah pada kaedah perapan yang digunakan. Ini rahsia yang memang tidak ada pada pengeluar kambing perap yang lain. Jadi tak perlu fikir panjang, Dapatkan segera di pasaran.

Macam Mana Rupanya PEK KAMBING PERAP D’PEDAS Ni?

Sudah ramai bercerita pasal produk Kambing Perap D’Pedas. Risau pula bila masa hendak beli di pasaran takut tersalah beli. Tak pasal-pasal rasa rugi. Kena pula ada nama yang seakan-akan nama D’Pedas. Pasti keliru.

“NYOSA TAK RASO”

Ingat betul-betul slogan itu. sebab ramai yang cari kambing “Nyosa Tak Raso”. Panggilan lain selain Kambing Perap D’Pedas. Kalau luar dari slogan tu memang bukan produk keluaran kami. Bunyi hampir sama tapi berbeza.

  • Pek Kami dalam bentuk kedap udara.
  • Terdapat 3 pilihan berat iaitu 250gm, 500gm dan 1000gm.

 

 

Pendek cerita ‘KAMBING PERAP D’PEDAS’ dah mencipta FENOMENA luar biasa . Kanak-kanak, orang dewasa malah golongan veteran pun tergila-gilakan lepas mencubanya. Bukan setakat org Melayu je yg dah jatuh CINTA, Bangsa Cina dan India pun suka.. Yg penting kena cuba dulu baru pertimbangkan ‘ANTI’ anda dengan kambing. Ada berani? Jom cuba.

Nak lagi info, blh ke
==================
LAMAN WEB : www.greenisland.com.my
FB : DPedas
IG: DPEDAS
==================

==================
BERMINAT? BOLEH JUGA HUBUNGI!!!
019 227 6685 WHATSAPP < DPEDAS >
019 227 6685 WHATSAPP < DPEDAS >
019 227 6685 WHATSAPP < DPEDAS >
==================

“”” PROMOSI AKAN DIHENTIKAN BILA2 MASA””””
—- JANGAN DAH HABIS STOK PROMO BARU  NAK CARI YEA? SAYA CUMA INGATKAN SAHAJA—
.

Share:

BERGOLEK DI RESTORAN D’PANTAI

Assalamualaikum,

Bertemu kembali di coretan terkini. Masih lagi sembang pasal kambing Golek. Semakin hari semakin hangat diperbualkan. Baru-baru ni kami mendapat tempahan yang begitu banyak sempena dengan cuti Raya Cina. Bukan sahaja orang Melayu yang meminatinya malah orang cina, india dan juga MAT SALEH pun turut sama.

Bila setiap kali ada aktiviti Kambing Golek dan juga Slice, pasti ramai lagi yang menyusul inginkan perkara yang sama samada untuk kenduri atau aktiviti keluarga. Baru-baru ni dah ada tempahan untuk bulan Julai. Jauh lagi nampaknya tapi itulah hakikatnya, mereka tak nak terlepas takut tarikh tu di tempah orang.

Jadi TEMPAHAN awal itu perlu lebih-lebih lagi bila dah dekat sangat dengan tarikh kenduri. Begitu juga dengan kambing ‘slice’. Tak boleh tunggu. Mungkin bagi penggemar yang tidak punyai lokasi terutamanya di kawasan Seremban dan juga yang berhampiran. nak buat RE’UNION’? Jangan risau, di Restoran D’Pantai masih punyai ruang untuk anda. InsyaAllah masih ada ruangan untuk Majlis yang berkonsep sederhana. Setakat 300 orang tu boleh lagi

Ada surau, bilik air, taman permainan, lot parking yang banyak serta lokasi yang selesa. Apa yang penting ‘SELESA’!! Dalam masa yang sama juga lokasi jauh sedikit dari kesibukan kota. Menarik bukan!! Saya sharekan sedikit gambar lokasi, di kala siang hari.

Ini jika di waktu siang macam lengang je. Maklumlah belum beroperasi. Tapi bila waktu malam lain pula ceritanya. Boleh saksikan sendiri gambar yang sedia ada.

Malam memang meriah, jadi kalau rasa berminat untuk jadikan Restoran D’Pantai lokasi anda untuk sebarang majlis, bersedialah untuk tempahan awal. Tempah kambing golek atau ‘slice’ awal, tempah rizab di Restoran D’Pantai seawal yang mungkin jadi tak perlu risau pasal ruangan untuk ‘Reunion’ anda. BESAR dan LUAS!!

Apa pun pihak Restoran D’Pantai memang mengalu-alukan sebarang Majlis yang memang nak diraikan di sini. Jadi kalau rasa macam dah tak sabar lagi nak ke sini bolehlah tengok-tengok kalendar, cuba ‘adjust’ sedikit tarikh lepas tu bolehlah ‘calling-calling’ no tertera :06763 2737 (ingat telefon pukul 1 petang ke atas ye)

Jadi mungkin dah dapat sedikit idea. Tak salah nak mencuba. Tak salah nak rasa. Jangan sampai Nyosa Tak Raso!!

 Jumpa lagi di ‘post’ yang akan datang!! Adios

Nyosa Tak Raso!!!

Share:

Jom Layan Selera : Kambing Golek & Slice

January 16, 2017 by pengurusblogdpedas | Comments Off on Jom Layan Selera : Kambing Golek & Slice

Ramai yang mula bertanya akan tempahan kambing golek di sini. Hampir setiap minggu ada sahaja tempahan kambing golek yang dibuat. Ini dah menunjukkan semakin hari semakin bertambah penggemar kambing di sekitar sini. Mungkin ramai lagi yang masih belum tahu ada pilihan sebenarnya untuk kambing ini.

Bagi peminat kambing golek, boleh sahaja terus mendapatkan tempahan dari kami. Anggaran berat kambing yang bakal menjadi hidangan 17kg. Jika tak cukup juga kami tambah lagi dengan daging kambing ‘slice’ sampai cukup 17kg. Yang penting kami mahukan pelanggan kami tersenyum puas hati. Ya, tentu sekali puas.

Bagaimana pula dengan Akikah? Ya tentu sekali ada. Konsep sama juga. Jika kurang beratnya dari 17kg, kami akan tambahkan lagi sampai cukup 17kg. Biar berbaloi-baloi.

Ada juga yang bertanya kalau saya hendak tukarkan dari kambing golek ke kambing ‘slice’ boleh ke? Tentu sahaja boleh. Berat masih sama, harga juga masih sama dan kepuasan maksima. Maklumlah kalau kambing golek, beratnya juga disekalikan dengan tulang. Namun untuk kambing ‘slice’ isinya akan lebih banyak. Hanya bahagian bahu kambing sahaja dan tentu sekali lebih ramai dapat menikmati kambing ini. Ada lagi yang ‘special’? Ya, tentu ada. Bukan kambing sahaja yang kami sediakan, ‘side dish’ yang sesuai untuk kambing. Ada coleslaw, ada kentang goreng atau kentang putar dan juga dua pilihan pencecah sama ada sos lada hitam atau kuah asam. Semuanya bergantung pada keperluan tuan punya badan.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar kambing golek dan juga kambing ‘slice’ di sini. Mana tahu ada yang berkenan. Jom kita tengok satu-satu gambar di bawah.

Tempahan Kambing Golek di Nilai.

Kambing Golek kena serbu. Boleh dikatakan citarasa ini bukan citarasa biasa-biasa tapi citarasa antarabangsa! Cuba perhatikan betul-betul siapa tamu kita

Tempahan Kambing Golek Di Bandar Baru Senawang

Kenduri kesyukuran yang dipenuhi sanak saudara. Tak lupa Kambing Golek jadi antara menu utama.

Tempahan Kambing ‘Slice’ Di KLCC

Tetamu korporat juga mendapatkan tempahan Kambing ‘Slice’ D’Pedas ini

Jadi itu hanyalah sebahagian dari selingan dari koleksi kami. Nak lagi? Boleh cuma tunggu di post akan datang. Banyak lagi yang nak dikongsikan cuma masa yang dan kesempatan yang mencemburui kita. Pastikan terus bersama kami!!

Adios…

Nyosa Tak Raso

Share:

Kambing Perap D’Pedas Kuala Berang di Ganu Kita

Wow Wow Wow!!! Na Na Na Na Na Ganu Kite

Semakin hari semakin bertambah lokasi wakil jualan dan tentu sekali ada ramai yang tertanya-tanya lokasi terhampir yang boleh didapati di sekeliling mereka. Jadi kali ini kami nak fokuskan beberapa lokasi yang mudah untuk mendapatkan produk ini.

Kali ni saya nak ‘share’ sedikit antara lokasi yang boleh anda dapatkan stok di Terengganu khususnya. Kadang-kadang bila berjalan pulang ke kampung nak bawa stok yang sedia ada dari rumah belum tentu dijamin ketahanannya. Maklumlah produk frozen. Jadi kalau kebetulan kepada penduduk Terengganu atau sesiapa yang singgah ke sana boleh dapatkan dilokasi tersebut.

Ada yang rasa produk ini sesuai untuk menjadi buah tangan jadi jangan rasa janggal nak membeli. Bukan apa ye memang berbaloi. Silap-silap tak cukup dibuatnya.

Saya nak try berpantun. Try je

Singgah-singgah ke Kuala Berang

Jangan lupa mencari barli

Nasi dagang sudah terhidang

Tambahlah kambing perap sekali

 

Ya, di Kuala Berang memang ada tempat untuk dapatkan bekalan ‘Kambing Perap D’Pedas’. Biasa beli dengan ejen. Pasaraya pun ada? Nak tau di mana?

whatsapp-image-2016-12-24-at-00-20-17

Pasaraya XIRI

Jalan Ajil Kuala Berang,

Kg Batu 24, Kuala Berang

21700 Terengganu
whatsapp-image-2016-12-24-at-00-19-57

 

 

 

 

Pasaraya DM Pemborong

Kg. Sungai Bajar

Kuala Berang

21700 Terengganu

 

 

 

 

Jadi kalau nak tahu lanjut lokasi selebihnya tak perlu gusar dan risau. Klik di >>sini<< untuk makluat lanjut alamat wakil jualan.

Atau untuk lihat secara visual lokasi di google map, anda boleh klik di >>sini<<.

Mudah sahajakan? Jadi tengah jalan kalau kebetulan lalu ke Kuala Berang boleh singgah-singgah ke sini. Nantikan episod seterusnya. Kita ronda-ronda cari lokasi jualan!!

Adios!!! Nyosa Tak Raso

Share: