fbpx

3 cara terbaik nikmati kambing perap D’pedas

Anda hantu kambing bakar?

Gemar daging kambing perap tapi susah nak jumpa kedai yang menjual menu kambing bakar yang sedap?

Kali ini D’Pedas Blog kongsikan 3 cara terbaik untuk anda cuba sendiri nikmati hidangan daging kambing bakar dengan menggunakan produk daging perap panggang sejuk beku D’Pedas keluaran Green Island Sdn. Bhd.

Lamb Chop Western style – antara hidangan yang top di kalangan peminat daging kambing bakar dan paling senang nak jumpa. Kalau nak masak di rumah, daging kambing perap yang digrill menggunakan kuali (ajaib atau pun yang bukan ajaib), microwave atau oven dan boleh dihidangkan dengan bermacam-macam jenis hidangan sampingan seperti nasi, salad atau pasta. Sky is the limit!

Cara terbaik- Lamb chop daging kambing perap panggang D'Pedas dihidang dengan coleslaw dan french friesSub sandwhich & kebab style – sebelum dimasak, daging kambing dipotong dadu selebar dua jari, dan tulang diasingkan. Pastikan lemak daging kambing dimasak sekali. Pilih samada nak roti hotdog atau pun roti pita dan tambah salad/sayuran dan sos pilihan. Nak buat bekal pergi kerja atau berkelah pun senang. Kreatif kan cara makan daging bakar?

Cara terbaik - Lamb steak sandwhich daging kambing perap panggang D'Pedas

Cutlet lamb steak – kambing perap yang dah dimasak, dipotong dadu dan dihidangkan bersama Kuah Asam D’Pedas, makan guna lidi satay, lambat nak habis. Sesuai makan santai-santai sambil minum petang.

Cara terbaik - Cutlet lamb daging kambing perap panggang D'Pedas

Kalau nak tunggu jumpa kambing golek seekor, selalunya nak kena pegi hotel tak pun tunggu jemputan kenduri yang ada menu kambing bakar. Tapi lenguh la kan tiap kali nak makan kambing macam tu :). Jadi sekarang anda boleh cuba sendiri 3 cara terbaik yang kami kongsikan ni untuk anda sediakan sendiri hidangan daging kambing bakar yang wow! untuk anda dan keluarga nikmati di rumah dengan pek daging kambing perap sejuk beku D’Pedas.

Dah ready nak cuba daging kambing perap D’Pedas dengan tips yang diberi? Cari agen kami menggunakan Google Map.

Share: