JJCM try Kambing Perap D’pedas di restoran D’Pantai

Post Update – Video Youtube embeded boleh terus klik tengok D’Pantai & D’Pedas dalam JJCM!

Pada 17 Januari yang lalu, restoran D’pantai, outlet restoran Green Island Sdn. Bhd., telah mendapat liputan menerusi rancangan berorientasikan tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di Malaysia iaitu Jalan-jalan Cari Makan atau JJCM, menerusi saluran TV3 (klik untuk menonton episod 32 JJCM di tonton.com.my). Rancangan majalah makanan popular tersebut bersama hosnya, Abang Nas telah berkunjung ke restoran D’pantai yang terletak di Lot 1, Jalan Jelebu@Pantai, Seremban, Negeri Sembilan, untuk merasa sendiri hidangan istimewa D’pantai iaitu Ikan Talapia segar masak berlada atau dibakar dan juga kambing bakar perap panggang D’Pedas.

Ikuti episod 32 JJCM di tonton.com.my

Antara paparan menarik dalam episod ini, penerangan cara masakan kambing bakar oleh Pengarah Urusan Green Island Sdn. Bhd. sendiri iaitu En. Daud Ismail. Beliau telah memberi demo cara untuk memasak kambing perap panggang D’Pedas dari pek sejuk beku dengan cepat dan mudah.

Pengarah Urusan Green Island Sdn. Bhd. bersama hos JJCM Abang Nas

En Daud Ismail bersama hos JJCM Abang Nas

Pengarah Urusan Green Island Sdn. Bhd. En. Daud Ismail beraksi memberi demo cara masakan kambing perap panggang D'Pedas

En. Daud beraksi di depan dapur grill untuk demo resepi rahsia kambing perap D’Pedas

Krew JJCM dan D'Pantai bergambar kenangan selepas penggambaran selesai

Krew JJCM dan D’Pantai bergambar kenangan selepas penggambaran selesai

Kami di D’pedas Blog berasa bertuah dan berterima kasih dengan liputan yang telah diberikan oleh Abang Nas serta warga kerja JJCM dan berharap lebih ramai lagi di luar sana yang akan mengetahui keistimewaan hidangan masakan yang disediakan di D’pantai dan yang paling utama, keistimewaan kambing perap panggang yang boleh didapati dalam pek sejuk beku, menerusi agen jualan berdaftar kami.

Ikuti siaran episod 32 JJCM di Tonton.

Nak rasa kambing perap panggang D’Pedas? Cari agen kami menggunakan Google Map.

Share: