fbpx

Label fakta nutrisi produk D’Pedas

lab test kambing perap panggang sejuk beku label fakta nutrisi D'Pedas

Bagi pembeli yang mengutamakan kualiti produk makanan yang dibeli di pasaran, pasti mereka akan meluangkan masa untuk merujuk label fakta nutrisi makanan yang kebiasaannya dicetak di atas pek pembungkusan produk. Kali ini kami di DPedas Blog ingin berkongsikan sedikit maklumat berkenaan label fakta nutrisi yang terdapat di kesemua pek pembungkusan produk makanan sejuk beku jenama D’Pedas keluaran Green Island Sdn. Bhd (GISB).

Kesemua produk makanan sejuk beku jenama D’Pedas seperti Daging Kambing Perap Panggang, Ayam Perap Panggang, Sos Lada Hitam dan juga Kuah Asam, telah pun melalui proses Ujian Kimia Makanan untuk menentukan kandungan nutrisinya.

Label nutrisi DPedas Kambing Perap Panggang Sejuk Beku

Label fakta nutrisi digunakan pada bungkusan Kambing Perap Panggang D’Pedas

Ujian Kimia Makanan oleh MARDI

Ujian ke atas produk D’Pedas telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Makmal MARDI yang bertaraf ISO/IEC 17025 menggunakan pelbagai peralatan makmal berteknologi tinggi untuk menjalankan skop analisis makanan demi memastikan produk makanan yang berada di pasaran adalah lengkap dari aspek jaminan kualiti dan keselamatan. Di antara skop analisa makanan ini adalah untuk menentukan tahap jumlah lemak, protein, gula, kanji, bahan pengawet dan lain-lain maklumat nutrisi seperti kalori, kolestrol, vitamin, kalsium dan zat besi. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan ujian ini, sila layari halaman perkhidmatan teknikal & makmal MARDI.

Syarat kelulusan MeSTI dan Halal JAKIM

Menurut pengurusan GISB, ujian ini adalah syarat wajib untuk mendapatkan pensijilan MeSTI dan juga Halal oleh JAKIM. Jadi bagi mereka yang mementingkan aspek kualiti dalam mengamalkan diet yang sihat, sudah tentu label fakta nutrisi  ini menjadi sumber maklumat utama untuk mereka membantu membuat keputusan sebelum membeli produk makanan di pasaran.

Diharapkan semua pembaca DPedas Blog dan juga pelanggan D’Pedas mendapat sedikit sebanyak perkongsian dalam artikel kali ini. Semoga dengan maklumat yang dikongsi akan membantu anda membuat keputusan sebagai pembeli di pasaran.

Jika anda ingin mencuba produk D’Pedas, sila berhubung dengan ejen jualan kami di seluruh Semenanjung dengan melayari peta Google Maps kami dan baca panduan menggunakannya di artikel Cari ejen D’Pedas guna Google Map.

maps peta kambing perap panggang sejuk beku D'Pedas

Share: