fbpx

Penghargaan JJCM untuk D’Pantai

Kambing Perap Panggang D'Pedas Penghargaan JJCM Jalan-jalan cari makan TV3

Entry kali ni DPedas Blog ingin memaklumkan para pembaca tentang perkembangan terkini D’Pedas dan GISB. Kepada yang yang belum tahu, produk Kambing Perap Panggang D’Pedas pernah dipaparkan dalam rancangan dokumentari makanan popular, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di saluran TV3. Kisah tersebut telah pun kami rakamkan dalam entry JJCM try Kambing Perap D’pedas di restoran D’Pantai.

Pengurusan GISB yang dimaklumkan oleh TV3 berkata, sepanjang tempoh penggambaran JJCM disiarkan di antara 6 lokasi di Negeri Sembilan. sekitar lewat tahun 2015 dan awal tahun 2016, D’Pantai adalah restoran terbaik dan paling mendapat sambutan dan dipilih untuk mendapatkan cenderahati dalam JJCM.

“Sepanjang penggambaran JJCM disiarkan di antara 6 lokasi terpilih di Negeri Sembilan, D’Pantai adalah restoran terbaik dan paling mendapat sambutan”

Sebagai penghargaan, JJCM telah memberikan cenderamata khas berupa apron berlogo JJCM yang tersemat kemas dalam bingkai kayu untuk tatapan pelanggan.

Syabas diucapkan kepada team D’Pantai dan D’Pedas dalam menjayakan penglibatan dalam JJCM. Terima kasih juga diucapkan kepada team JJCM dan hos Abang Nas kerana sudi datang ke D’Pantai untuk mencuba hidangan istimewa D’Pantai iaitu Ikan Talapia Masak Berlada dan juga Kambing Perap Panggang & Kuah Asam D’Pedas.

Nak cuba Kambing Perap Panggang D’Pedas yang enak dan mudah disediakan? Cari ejen jualan kami yang berhampiran guna Google Map dan penghantaran boleh diuruskan.

Share: