fbpx

D’Pedas berstatus Halal JAKIM

dpedas halal jakim kambing perap panggang sejuk beku

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, D’Pedas Blog nak menyampaikan khabar gembira kepada semua peminat dan penggemar Daging Kambing Perap Panggang D’Pedas. Untuk pengetahuan semua, barisan produk makanan sejuk beku yang ditawarkan oleh Green Island Sdn. Bhd. (GISB) pada masa ini sudah pun dianugerahkan status sijil pengesahan Halal JAKIM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan itu, para pelanggan D’Pedas boleh mendapatkan stok makanan sejuk beku kami dengan paket bungkusan baru yang tertera logo Halal JAKIM mulai bulan Ramadhan ini.

halal jakim dpedas kambing perap panggang bakar sejuk bekuhalal jakim Dpedas ayam perap panggang bakar sejuk bekuHalal Jakim Dpedas sos lada hitamHalal Jakim Dpedas kuah asam

Perhatikan di bahagian kiri bungkusan, logo Halal JAKIM dipaparkan di setiap paket pembungkusan produk D’Pedas. Juga disertakan sijil pengesahan yang diberikan oleh JAKIM kepada D’Pedas.

dpedas sijil halal jakim kambing perap panggang bakar sejuk beku

Dengan penganugerahan ini juga bermakna GISB kini sudah tersenarai di dalam direktori syarikat yang disahkan Halal oleh JAKIM.

dpedas sijil halal jakim direktori listing kambing perap panggang sejuk beku

Diharapkan para pelanggan kami, yang beragama Islam khususnya, akan lebih meyakini status Halal produk keluaran GISB kerana kepuasan anda sebagai pelanggan adalah keutamaan kami. Kami di D’Pedas Blog juga berbangga kerana ini adalah satu lagi penanda aras yang berjaya dicapai oleh GISB demi memastikan kami menjadi antara penyedia makanan sejuk beku yang terbaik di pasaran tempatan.

Jika anda baru singgah di D’Pedas Blog dan ingin mendapatkan Daging Kambing Perap Panggang D’Pedas, sila berhubung dengan ejen jualan kami yang berada di seluruh negara (Semenanjung Malaysia sahaja) dengan menggunakan peta Google Map – D’Pedas Agent Locator.

Share: