fbpx

D’Pedas terjamin selamat dengan MeSTI KKM

Dpedas Kambing Perap Panggang Sejuk Beku diiktiraf MeSTI KKM oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Baru-baru ini ada kami kongsikan berkenaan penganugerahan status Halal oleh JAKIM untuk semua barisan produk makanan sejuk beku keluaran Green Island Sdn. Bhd. (GISB). Dalam gambar intro posting tersebut, anda mungkin ternampak satu logo bertulisan MeSTI yang terletak dibawah logo Halal, pada paket bungkusan produk D’Pedas. Ini kerana semua produk D’Pedas pada masa ini telah pun mendapat pengiktirafan MeSTI KKM.

Pensijilan Makanan Selamat tanggungjawab Industri (MeSTI) merupakan satu usaha oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang berbeza antara sijil MeSTI KKM dan Halal? Walaupun nampak sama, tetapi MeSTI memfokus kepada sistem amalan pengeluaran makanan yang terancang serta memberi penekanan kepada penyimpanan rekod-rekod dan dokumentasi proses pengeluaran makanan yang dijalankan oleh pengusaha makanan industri makanan.

Dari segi perundangan, pensijilan ini juga membantu para pengusaha, IKS khususnya supaya memenuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang juga bertujuan mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan yang, seterusnya melindungi kesihatan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, sijil MeSTI KKM adalah diperakui oleh JAKIM untuk mendapatkan pensijilan Halal.

Apa maknanya pengiktirafan MeSTI KKM kepada pelanggan D’Pedas?

Setelah produk D’Pedas diperakui oleh MeSTI, maka para pelanggan kami bolehlah menikmati semua barisan produk yang GISB tawarkan di pasaran, tanpa ragu akan kualiti produk tersebut. Diharapkan, para pelanggan juga akan lebih meyakini komitmen GISB dan D’Pedas untuk menyediakan produk makanan sejuk beku yang enak dan juga terjamin dari segi keselamatan dan kualitinya di pasaran tempatan.

 

Share: