fbpx

kambing golek d'pedas

Sudah lebih seminggu kita menyambut 1 Syawal, diharapkan semua yang berada di kampung sudah pulang dengan selamat ke kotaraya. Mungkin ada yang sudah pulang lebih awal dan bertugas, selamat bertugas diucapkan. D’Pedas Blog kali ini ingin kongsikan satu lagi tawaran perkhidmatan produk makanan yang mungkin boleh dijadikan idea untuk menu rumah terbuka di bulan Syawal ini.

Disamping produk sejuk beku seperti Kambing Perap Panggang, Ayam Perap Panggang, Kuah Asam dan Sos Lada Hitam, D’Pedas juga menawarkan produk istimewa kambing lamb golek. Untuk pelanggan yang mahukan menu istimewa untuk menjamu selera bersama keluarga dan sanak saudara semasa jamuan istimewa seperti sambutan ulang tahun perkahwinan, hari lahir ataupun untuk meraikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan dan juga majlis Akikah, boleh lah dapatkan Kambing Golek D’Pedas.

Kambing Golek D’Pedas disediakan dari seekor kambing biri-biri lamb, dengan berat kira-kira 17 kilogram setiap ekor. Untuk memudahkan anda, krew D’Pedas yang berpengalaman dan memahami selera penggemar lamb akan membakar sempurna setiap kambing golek dengan mengunakan pit grill custom dan arang supaya kelembutan dan lemak manis daging lamb dikekalkan. Yang paling best ialah krew D’Pedas akan menyediakan menu ini dengan grill secara live di majlis anda!

D'Pedas kambing perap bakar sejuk beku Selamat Pagi Malaysia Angkasapuri

Krew D’Pedas semasa demo masakan untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri

Untuk hidangan sampingan, side dish yang disediakan pastilah yang ngam dengan daging lamb bakar iaitu;

  • Salad coleslaw yang dibuat dengan sayuran segar
  • Sos Black Pepper adunan khas D’Pedas
  • French fries

Kalau rasa-rasa seekor kambing golek tak mencukupi dan perlukan daging lamb backup, boleh juga ditambah lamb slice mengikut berat per kilogram. Sekilogram lamb slice adalah pada harga RM45 dan disertakan juga dengan Sos Black Pepper.

Untuk kesemua ini, pelanggan boleh mendapatkannya pada harga RM1,000* bagi kambing golek biasa dan RM1,300* untuk kambing golek akikah. Bagi kawasan sekitar Seremban dan Senawang yang berhampiran dengan lokasi operasi D’Pedas, tiada caj tambahan dikenakan. Untuk lokasi selain yang dinyatakan, akan dikenakan caj penghantaran yang pasti berpatutan.
*Harga tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa tanpa notis. Sila hubungi wakil D’Pedas untuk maklumat terkini.

Hubungi segera wakil Green Island Sdn. Bhd. di nombor berikut atau boleh terus hadir ke Restoran D’Pantai sambil lepak makan dan minum, untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimanan untuk mendapatkan Kambing Golek D’Pedas untuk majlis istimewa anda:

  • 019-6636685 / 013-7628424

Share: