fbpx

Daiso: Alat grill kambing perap RM5

dpedas kambing perap panggang daiso japan malaysia

Di kalangan pembaca D’Pedas Blog dan juga peminat Kambing Perap Panggang D’Pedas, pasti maklum yang produk berasaskan daging kami boleh dimasak dengan banyak cara. Boleh pilih nak panggang dalam kuali ajaib, guna microwave, kuali biasa atau juga guna kaedah yang akan memberikan rasa grill yang paling enak, iaitu dibara dengan arang. Tapi nak bara guna arang ni perlu ada persiapan yang mana kalau tak dibuat langsung, akan melambatkan masa nak memasak. Selain dari dapur satay stock standard kilang dan arang, perlu juga peralatan yang sesuai untuk  bantu proses memasak supaya lebih efisien.

Alat grill cepatkan proses membakar

Apa dia antara peralatan nak grill ni? Bagi editor, selain peralatan menyalakan api,  yang asas perlu ada thong/penyepit makanan, tray besi, bekas makanan dan kipas (manual kipas satay atau pasang table fan terus senang). Alat-alat yang kecil ni, senang nak cari di Daiso. Kedai “dua ringgit” dari Jepun ini menawarkan barangan pada harga RM5 (bukan RM2 ye) dari pelbagai jenis kategori iaitu aksesori lelaki dan wanita, alat tulis, peralatan bertukang dan juga peralatan memasak dan bermacam-macam lagi. Berikut antara alat-alat memasak Daiso yang boleh dicuba untuk lengkapkan peralatan sesi membakar anda.

Thong (penyepit makanan)

dpedas_daiso_9

Yang kiri sekali guna untuk mengurus daging yang tengah dibakar. Yang kanan sekali boleh guna sepit arang dan uruskan bara api supaya kekal panas. Yang pendek tu bole guna untuk serve di meja.

Ini alat no. 1 yang mesti ada semasa grilling session. Kalau tiada ataupun kalau ada tapi tak sesuai (pendek sangat terbakar bulu atau flimsy, cepat sangat rosak) memang akan spoil mood. Semua pun maklum, bila membakar makanan dengan arang, kena pantas membalikkan makanan dan alihkan dari nyalaan api yang akan cepat membakar lemak menjadi karbon (hitam dan pahit). Senang cerita, mana orang nak lapah daging pakai pisau  tumpul, memang lenguh la nak siap. Kriteria memilih mudah, material mesti stainless steel, panjang minimum 20cm, dan bahagian hujung nya bukan plastik. Boleh ambil dua terus, untuk sepit arang sekali supaya senang nak stoke bara api.

Tray makanan stainless steel

dpedas_daiso_2

Macam-macam saiz ada semua sama harga. Yang mangkuk boleh isi baki kuah perapan, daging asingkan dalam tray.

Setiap kali sesi grill, standby kan beberapa talam stainless steel untuk daging yang dah siap masak untuk direhatkan sementara nak hidang. Logiknya, stainless steel tahan lasak dan tidak ada risiko pecah kalau tersinggung jatuh. Dan ia juga mudah dicuci selepas digunakan. Daiso ada menawarkan beberapa tray stainless steel pelbagai saiz yang boleh digunakan semasa sesi bakar-membakar.

Apron

Yang ni optional. Nak pakai boleh, tak pakai pun takpa. Tapi kalau pakai, boleh la elak percikan-percikan sos dan
kuah perap atas baju dan seluar. Dan maklumlah, main arang bakar-bakar ni memang confirm tangan gatal nak lap sana sini. Tak kan nak lap ke seluar baju pula kan. Walaupun memasak, tapi gaya kena mau ada dan bila pakai apron nampak pro sikit. Boleh tambah oven mitt juga untuk elak tangan melecur. Tapi biasa saya guna glove berkebun je.

dpedas_daiso_6

Lain-lain barangan

Ada banyak lagi alat-alat di Daiso yang boleh digunakan sebagai persediaan nak membakar Daging Kambing Perap Panggang D’Pedas dengan arang. Antara kegemaran saya ialah pack gel sejuk yang boleh gantikan ais untuk kekalkan kesegaran daging didalam icebox. Yang bagusnya, ia boleh diguna semula, hanya perlu bekukan dalam peti ais.

dpedas_daiso_5

Gel pack untuk dibekukan dan letak dalam icebox simpan daging perap sejuk beku

Jadi lepas ni, tahu lah mana nak cari alat-alat nak membakar bara untuk masak produk D’Pedas. Pastikan anda rasa sendiri keenakan daging kambing perap D’Pedas yang dibara dengan arang bila nak buat sesi bakar-membakar ok?

Sayonara!

Share: