fbpx

Pengumuman: Perubahan Harga Produk D’Pedas

dpedas_featured_perubahan_harga_800x500-1

Di kala keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, ramai pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Tidak kurang juga yang menanggung beban dua kerja agar dapat menampung perbelanjaan isi rumah, untuk barang keperluan utama seperti makanan. Rata-rata, ramai yang mengeluh, tapi kehidupan diteruskan juga. 

Namun begitu, kesan ini bukan sahaja dirasai pada pengguna, malah peniaga juga terasa bahangnya. Bagi D’Pedas & GISB sendiri yang menggunakan bahan mentah utama yang diimport, kami amat terjejas dengan perbezaan tukaran wang asing serta menampung kos operasi yang kekal meningkat demi memastikan status pensijilan Halal dan MeSTI bagi setiap produk D’Pedas dapat dikekalkan.

Dengan ini, dengan rendah hati kami mengumumkan harga baru produk D’Pedas yang mula berkuatkasa pada 10 Ogos 2016. Kenaikan harga jualan berkadaran dari 13 – 18% adalah tertakluk kepada semua produk daging perap dan juga sos lada hitam. Bagi kuah asam, tiada kenaikan harga diumumkan.

Harga baru produk D’Pedas adalah seperti berikut: Daging kambing perap panggang berat 1kg ialah RM45, 500g RM24 dan 250g RM13. Ayam perap panggang 800g RM25 dan sos lada hitam 500g RM7.

Jika mahu, juga boleh baca pengumuman ini dan perbincangan oleh peminat D’Pedas di Facebook.

Diharapkan anda semua para penggemar D’Pedas dapat kekal memberikan sokongan kepada kami supaya dapat kami teruskan usaha untuk membekalkan kepada anda, pelanggan kami yang dihargai, dengan produk daging kambing dan ayam perap panggang terbaik di pasaran.

Insya-Allah.

 

Share: