fbpx

Waze saja kalau nak makan kambing bakar

DPedas kambing perap panggang guna Waze

Zaman serba connected sekarang ni, sangat mudah nak mencari jawapan kepada sebarang persoalan. Yang memiliki smartphone dengan data plan, penggunaan search engine Google mungkin sudah jadi kebiasaan. Dari nak cari resipi, tips tukar tayar, burger bakar sedap ataupun kambing perap panggang D’Pedas terbaik (ewah!), insyaAllah ada jawapannya (kalau takda juga, istikharah lah jawapannya). Tak sempat nak defrost kambing perap D’Pedas dan nak cari arah ke gerai di Pandan Cahaya, Waze saja jawapnya.

Aplikasi Waze antara aplikasi navigasi dan pandu arah terbaik yang pernah wujud untuk platform smartphone baik iOS dan juga Android. Satu ketika dulu, nama seperti Garmin dan Papago! menjadi pilihan ramai untuk device dan software navigasi namun sekarang nama Waze ini yang jadi mainan di bibir pengguna smartphone di Malaysia.

Gerai D’Pedas Taman Cahaya

Bagi yang belum maklum, D’Pedas juga ada outlet menjual produk yang sudah siap dimasak. Pada masa ini, outlet tersebut dibuka di Medan Selera Cahaya di Ampang. Kalau tak nak memandu, boleh juga naik LRT Ampang Line dan turun di stesen Cahaya. Medan selera ni dekat je, dalam 200m acara jalan kaki perlahan-lahan lintas jalan.

Jika anda membaca artikel ini menggunakan smartphone dan nak terus datang ke mari, klik pada peta di atas dan bila ditanya aplikasi mana nak digunakan untuk navigasi, pilih aplikasi Waze.

Guna Waze cari D’Pedas di Medan Selera Cahaya

Bagi mereka yang belum biasa dengan Waze, sangat mudah kalau nak cari lokasi gerai D’Pedas ni. Taipkan saja D’Pedas di ruangan Search dan hasil carian akan dipaparkan. Kedua-dua lokasi outlet D’Pedas di Seremban dan juga Ampang sudah pun dikemaskini di dalam Waze.

waze search kambing perap panggang d'pedas pandan cahaya

Waze search route kambing perap panggang d'pedas pandan cahaya

Klik Go Now untuk terus lihat peta atau pun Routes untuk laluan alternatif.

Anggaran masa perjalanan biasanya diambil berdasarkan kelajuan 70-80 km/j, ataupun seminit sekilometer. Biasanya kalau jumlah masa sekali ganda dari jarak perjalanan, maknanya jem la tu. Untuk laluan alternatif, klik ikon Routes dan cadangan alternatif jalan dipaparkan berdasarkan parameter ada tol atau tiada tol. Tapi kalau dah nak makan kambing perap panggang D’Pedas dan tak sabar nak cepat sampai, bayar jelah tol tu laju-laju.

Jadi sekarang anda dah tau cara nak makan kambing perap panggang D’Pedas dengan lagi cepat dan mudah tanpa perlu memasak. Silalah berkunjung ke gerai D’Pedas segera dan gunakan Waze untuk bantu anda mencari kami dengan pantas dan mudah.

Share: