fbpx

maha2016

Dua tahun sekali MAHA akan berlangsung. Jadi kami tak nak lepaskan peluang yang sedia ada untuk mengetengahkan produk ni pada ramai lagi rakyat Malaysia. Kat sini kami akan berada di Booth Popular Malaysia Dishes mewakili Negeri Sembilan. Jadi mungkin ramai yang tertanya apa yang kami jual di sana. Yang pasti kambing memang ada. Bukan yang hidup ye, tapi yang dah siap perap dan masak.

Apa menunya? Ye menu yang lain dari yang lain. Kalau dari dulu hingga kini kita asyik makan nasi ayam apa salahnya cuba nasi dengan kambing. Erm… apalah rasanya ye. Apa yang pasti sebelum terpilih masuk ke Malaysia Popular Dishes. Ada beberapa ujian masakan yang dibuat oleh pihak FAMA dengan kerjasama MOA untuk pastikan menu yang disajikan itu mantap dan menarik.

Jadi bertungkus lumuslah kami menyediakan sajian ni dan ujian rasa ini akan diadili oleh Chef handalan. Alhamdulillah lulus ujian… eh lupa nak beritahu… jadi pemenang rupanya. Tak percaya bolehlah lihat gambar berikut di bawah. Memang mendebarkan. Itu baru Chef dari FAMA… Sekarang ni kami nak anda semua jadi Chef untuk rasa hidangan kami ni.

Apa kata kalau berkunjung ke sana, jangan lupa singgah ke Booth jualan kami. Rasa, nikmati dan ambil ‘feel’ dengan menu kami ni. Harap sedikit sebanyak memberi idea kepada semua peminat produk D’Pedas ini untuk mencipta dan mereka lebih banyak resepi berasaskan produk ni. Jangan lupa ye. Jumpa DI SANA! SANA! SANA!!

 img-20160922-wa0001 img-20160922-wa0002  img-20160922-wa0003  img-20160922-wa0004  img-20160922-wa0009

Share: