fbpx

Menjelang tahun 2017, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017  dan berharap tahun ini dipermudahkan dalam apa jua acara yang bakal berlangsung.

Di sini kami ingin berkongsi beberapa detik yang berlangsung pada 31/12/2016 di mana kami mendapat tempahan untuk Kambing BAKAR (Slice) di tingkat 40, Binjai 8 SOHO. Boleh dikatakan pemandangan yang agak cantik dan juga menarik dari sini. Boleh nampak KLCC dengan lebih jelas. Saya kongsikan sedikit selingan gambar yang diambil dari atas bangunan.

SAMSUNG CSC

Baru ‘setup’ kiosk bakar

SAMSUNG CSC

Pemandangan dari atas bangunan

SAMSUNG CSC

Bangunan KLCC

SAMSUNG CSC

Majlis bermula dengan hadirnya tetamu

Apa yang menarik, citarasa kambing ini bukan sahaja diterima oleh masyarakat tempatan malah ramai masyarakat dari luar. Mungkin rasa yang unik lain dari yang lain. Yang lebih menyentuh minat bila kaedah masak yang mudah dan juga penyediaan yang pantas.

SAMSUNG CSC

Arang mula dihidupkan dan Acara Membakar sudah bermula

SAMSUNG CSC

Kambing di bakar hanya dalam tempoh 4 minit sahaja untuk 1 keping.

Antara komen mereka ialah kambing yang lembut, tiada rasa hamis dan juga enak lebih-lebih lagi bila dicecah dengan kuah asam. Selepas sahaja berlalu majlis makan santai, maka bermulanya detik menjelangnya tahun baru 2017. Penduduk mula memenuhi atap untuk menyaksikan aksi letupan bunga api.

 

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

Meriah. Itu sahaja ucapan yang dapat dikatakan. Tiba-tiba terkenang detik sepanjang tahun 2016. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2016 dan kami berharap banyak lagi perkara yang lebih baik di tahun baru ini. Bagi peminat kambing di luar sana, jangan lupa rasai resepi terkini kambing. Lebih mantap, lebih ‘power’ lebih ‘MELAKAT’.

Jumpa lagi di post akan datang. Kami akan selitkan lokasi untuk mendapatkan bekalan kambing perap D’Pedas.

Nyosa Tak Raso

Share: