fbpx

Selamat Tahun Baru 2017

Menjelang tahun 2017, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017  dan berharap tahun ini dipermudahkan dalam apa jua acara yang bakal berlangsung.

Di sini kami ingin berkongsi beberapa detik yang berlangsung pada 31/12/2016 di mana kami mendapat tempahan untuk Kambing BAKAR (Slice) di tingkat 40, Binjai 8 SOHO. Boleh dikatakan pemandangan yang agak cantik dan juga menarik dari sini. Boleh nampak KLCC dengan lebih jelas. Saya kongsikan sedikit selingan gambar yang diambil dari atas bangunan.

SAMSUNG CSC

Baru ‘setup’ kiosk bakar

SAMSUNG CSC

Pemandangan dari atas bangunan

SAMSUNG CSC

Bangunan KLCC

SAMSUNG CSC

Majlis bermula dengan hadirnya tetamu

Apa yang menarik, citarasa kambing ini bukan sahaja diterima oleh masyarakat tempatan malah ramai masyarakat dari luar. Mungkin rasa yang unik lain dari yang lain. Yang lebih menyentuh minat bila kaedah masak yang mudah dan juga penyediaan yang pantas.

SAMSUNG CSC

Arang mula dihidupkan dan Acara Membakar sudah bermula

SAMSUNG CSC

Kambing di bakar hanya dalam tempoh 4 minit sahaja untuk 1 keping.

Antara komen mereka ialah kambing yang lembut, tiada rasa hamis dan juga enak lebih-lebih lagi bila dicecah dengan kuah asam. Selepas sahaja berlalu majlis makan santai, maka bermulanya detik menjelangnya tahun baru 2017. Penduduk mula memenuhi atap untuk menyaksikan aksi letupan bunga api.

 

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

Meriah. Itu sahaja ucapan yang dapat dikatakan. Tiba-tiba terkenang detik sepanjang tahun 2016. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2016 dan kami berharap banyak lagi perkara yang lebih baik di tahun baru ini. Bagi peminat kambing di luar sana, jangan lupa rasai resepi terkini kambing. Lebih mantap, lebih ‘power’ lebih ‘MELAKAT’.

Jumpa lagi di post akan datang. Kami akan selitkan lokasi untuk mendapatkan bekalan kambing perap D’Pedas.

Nyosa Tak Raso

Share:

Kami di MAHA 2016

maha2016

Dua tahun sekali MAHA akan berlangsung. Jadi kami tak nak lepaskan peluang yang sedia ada untuk mengetengahkan produk ni pada ramai lagi rakyat Malaysia. Kat sini kami akan berada di Booth Popular Malaysia Dishes mewakili Negeri Sembilan. Jadi mungkin ramai yang tertanya apa yang kami jual di sana. Yang pasti kambing memang ada. Bukan yang hidup ye, tapi yang dah siap perap dan masak.

Apa menunya? Ye menu yang lain dari yang lain. Kalau dari dulu hingga kini kita asyik makan nasi ayam apa salahnya cuba nasi dengan kambing. Erm… apalah rasanya ye. Apa yang pasti sebelum terpilih masuk ke Malaysia Popular Dishes. Ada beberapa ujian masakan yang dibuat oleh pihak FAMA dengan kerjasama MOA untuk pastikan menu yang disajikan itu mantap dan menarik.

Jadi bertungkus lumuslah kami menyediakan sajian ni dan ujian rasa ini akan diadili oleh Chef handalan. Alhamdulillah lulus ujian… eh lupa nak beritahu… jadi pemenang rupanya. Tak percaya bolehlah lihat gambar berikut di bawah. Memang mendebarkan. Itu baru Chef dari FAMA… Sekarang ni kami nak anda semua jadi Chef untuk rasa hidangan kami ni.

Apa kata kalau berkunjung ke sana, jangan lupa singgah ke Booth jualan kami. Rasa, nikmati dan ambil ‘feel’ dengan menu kami ni. Harap sedikit sebanyak memberi idea kepada semua peminat produk D’Pedas ini untuk mencipta dan mereka lebih banyak resepi berasaskan produk ni. Jangan lupa ye. Jumpa DI SANA! SANA! SANA!!

 img-20160922-wa0001 img-20160922-wa0002  img-20160922-wa0003  img-20160922-wa0004  img-20160922-wa0009

Share:

Rasa Lebih Melakat?

Assalamualaikum kepada semua,

Lama sungguh tak berkesempatan nak menulis di blog. Mungkin ada yang masih tertunggu. Ada cerita baru ke? Ada berita baru ke? Semua bermain di fikiran.

Saya nak kongsikan sedikit info terkini.

Rasa kambing kali ini memang telah di’upgrade’ ke satu level yang lebih ‘mantap’ dan ‘melekat’. Apa bezanya? Hanya tekak dan lidah bakal menjadi saksi. Kenapa saya cakap begitu? Ye sebab saya pun dah tak tahu nak gambarkan macm mana kelainan rasa berbanding dahulu. Kena cuba baru tahu. Ramai yang dah berikan feedback yang sangat-sangat positif dan saya berharap anda semua akan menjadi salah seorang darinya. Tak percaya cuba dulu ye.

Satu lagi yang saya nak beritahu pasal harga promo yang kami buat untuk semua peminat tegar Kambing Perap di luar sana. Memang luar biasa. Harga terkini sebelum ini bernilai RM45 untuk pek sekilo. Tapi promo telah bermula. Harganya RM40. RM40? Biar betul? Tapi inilah realitinya.

Ramai yang mula bertanya sampai bila promosi ini berterusan. Jawabnya selagi stok masih ada. Ye selagi stok masih ada. Jadi saya rasa tak perlu fikir panjang jika nak buat keputusan. Boleh dapatkan terus stok di wakil edaran berdekatan. Rasa baru tahu penangannya. Kalau tak nanti “NYOSA TAK RASO”

img-20161021-wa0013

img-20161021-wa0011

 

Share:

Daiso: Alat grill kambing perap RM5

dpedas kambing perap panggang daiso japan malaysia

Di kalangan pembaca D’Pedas Blog dan juga peminat Kambing Perap Panggang D’Pedas, pasti maklum yang produk berasaskan daging kami boleh dimasak dengan banyak cara. Boleh pilih nak panggang dalam kuali ajaib, guna microwave, kuali biasa atau juga guna kaedah yang akan memberikan rasa grill yang paling enak, iaitu dibara dengan arang. Tapi nak bara guna arang ni perlu ada persiapan yang mana kalau tak dibuat langsung, akan melambatkan masa nak memasak. Selain dari dapur satay stock standard kilang dan arang, perlu juga peralatan yang sesuai untuk  bantu proses memasak supaya lebih efisien. Continue Reading →

Share:

Waze saja kalau nak makan kambing bakar

DPedas kambing perap panggang guna Waze

Zaman serba connected sekarang ni, sangat mudah nak mencari jawapan kepada sebarang persoalan. Yang memiliki smartphone dengan data plan, penggunaan search engine Google mungkin sudah jadi kebiasaan. Dari nak cari resipi, tips tukar tayar, burger bakar sedap ataupun kambing perap panggang D’Pedas terbaik (ewah!), insyaAllah ada jawapannya (kalau takda juga, istikharah lah jawapannya). Tak sempat nak defrost kambing perap D’Pedas dan nak cari arah ke gerai di Pandan Cahaya, Waze saja jawapnya. Continue Reading →

Share: