fbpx

BERGOLEK DI RESTORAN D’PANTAI

Assalamualaikum, Bertemu kembali di coretan terkini. Masih lagi sembang pasal kambing Golek. Semakin hari semakin hangat diperbualkan. Baru-baru ni kami mendapat tempahan yang begitu banyak sempena dengan cuti Raya Cina. Bukan sahaja orang Melayu yang meminatinya malah orang cina, india … Continue reading

Share:

Jom Layan Selera : Kambing Golek & Slice

January 16, 2017 by pengurusblogdpedas | Comments Off on Jom Layan Selera : Kambing Golek & Slice

Ramai yang mula bertanya akan tempahan kambing golek di sini. Hampir setiap minggu ada sahaja tempahan kambing golek yang dibuat. Ini dah menunjukkan semakin hari semakin bertambah penggemar kambing di sekitar sini. Mungkin ramai lagi yang masih belum tahu ada pilihan sebenarnya untuk kambing ini.

Bagi peminat kambing golek, boleh sahaja terus mendapatkan tempahan dari kami. Anggaran berat kambing yang bakal menjadi hidangan 17kg. Jika tak cukup juga kami tambah lagi dengan daging kambing ‘slice’ sampai cukup 17kg. Yang penting kami mahukan pelanggan kami tersenyum puas hati. Ya, tentu sekali puas.

Bagaimana pula dengan Akikah? Ya tentu sekali ada. Konsep sama juga. Jika kurang beratnya dari 17kg, kami akan tambahkan lagi sampai cukup 17kg. Biar berbaloi-baloi.

Ada juga yang bertanya kalau saya hendak tukarkan dari kambing golek ke kambing ‘slice’ boleh ke? Tentu sahaja boleh. Berat masih sama, harga juga masih sama dan kepuasan maksima. Maklumlah kalau kambing golek, beratnya juga disekalikan dengan tulang. Namun untuk kambing ‘slice’ isinya akan lebih banyak. Hanya bahagian bahu kambing sahaja dan tentu sekali lebih ramai dapat menikmati kambing ini. Ada lagi yang ‘special’? Ya, tentu ada. Bukan kambing sahaja yang kami sediakan, ‘side dish’ yang sesuai untuk kambing. Ada coleslaw, ada kentang goreng atau kentang putar dan juga dua pilihan pencecah sama ada sos lada hitam atau kuah asam. Semuanya bergantung pada keperluan tuan punya badan.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar kambing golek dan juga kambing ‘slice’ di sini. Mana tahu ada yang berkenan. Jom kita tengok satu-satu gambar di bawah.

Tempahan Kambing Golek di Nilai.

Kambing Golek kena serbu. Boleh dikatakan citarasa ini bukan citarasa biasa-biasa tapi citarasa antarabangsa! Cuba perhatikan betul-betul siapa tamu kita

Tempahan Kambing Golek Di Bandar Baru Senawang

Kenduri kesyukuran yang dipenuhi sanak saudara. Tak lupa Kambing Golek jadi antara menu utama.

Tempahan Kambing ‘Slice’ Di KLCC

Tetamu korporat juga mendapatkan tempahan Kambing ‘Slice’ D’Pedas ini

Jadi itu hanyalah sebahagian dari selingan dari koleksi kami. Nak lagi? Boleh cuma tunggu di post akan datang. Banyak lagi yang nak dikongsikan cuma masa yang dan kesempatan yang mencemburui kita. Pastikan terus bersama kami!!

Adios…

Nyosa Tak Raso

Share: